TEGUR.

"Mimie, kalau aku buat salah. Tegur heh ?" 

senyum :')



Assalamualaikum :)

Tegur. tegur kalau salah. tapi, semua orang boleh terima ke teguran kita ? kalau ditegur, nanti dicerca, diumpat, disisih. tapi, kalau tak tegur pulak, mana tanggungjawab kita sebagai kawan ? sebagai saudara sesama Islam ? 


Tegurlah. Sebab itu tanggungjawab kita. Bila kita dah tegur, lepaslah tanggungjawab kita. Samada dia nak terima atau tidak, itu hak dia. Itu hati dia. Hati manusia, Allah yang pegang. Bukan kita. 


TAPI !


Tegur pun ada caranya. Bukan melulu sahaja. Manusia ada perasaan, ada adab, ada hak untuk dihormati. Kalau tegur pun dengan cara yang kasar. Manalah hati orang boleh terima. kan ?


I'm saying the truth !


"Eleh, dulu dia pun buat, nak tegur-tegur orang pahal."


Jangan tengok siapa yang bagi nasihat, siapa yang tegur. Tapi ambil apa yang dinasihatkan. Yang ditegurkan. Memang, memang susah kita nak terima teguran orang yang terang-terang selalu buat salah, dah la buat salah, lepastu nak cakap orang salah pulak. Padahal dia pun tak betul, nak betulkan orang pulak.


ye, memang susah nak terima, tapi tak ke kita patut bersyukur, at least ada yang tegur salah kita, Allah hantar dia nak tegur kita. kalau kita terus-terusan buat salah takde yang tegur. bergelumang la kita dengan dosa. ye tak ?




Manusia ada hak untuk ditegur secara lembut ! BUKAN KEKERASAN. BUKAN DENGAN SINDIRAN YANG PEDAS. Manusia ada hati dan perasaan ! Itu hak individu manusia ! 


Ya. memang tanggungjawab kita untuk tegur sesama manusia. 


TAPI BERSYARAT ! Teguran secara lembut. Yang sampai jejaknya ke hati. 



Okay sat. nak selit lagi satu benda. pernah tengok tak video Matluthfi : Sebelah Sayap. NI !



situasi dalam cerita ni exactly the same dengan apa yang nak disampaikan dalam post ni :) nak tegur orang pun, kena tengok background orang tu family dia cemane. Kalau ayah peminum arak, agak mustahil bukan nak tengok anak dia alim ? Lainlah kalau seluruh family tu, sekolah agama, belajar agama, takkan anak boleh jadi jahat ? kadang-kadang, bukan salah anak, tapi salah alam sekeliling.


Sebab keliling kita mempengaruhi seluruh anggota badan kita. Emosi, minda, fikiran, perasaan. Alam keliling mengajar kita untuk menjadi siapa kita hari ini. Bi'ah solehah :D 


Berkawan dengan semua orang. tak kesah la samseng ke, gengster ke, budak nakal ke, selalu langgar rules ke. kawan je dengan semua orang. TAPI ! Kita kenalah tetap pendirian kita, jangan biarkan diri kita yang ditarik dengan diorang, tapi kita yang tarik diorang perlahan-lahan. Kuatkan diri untuk tarik mereka. Kalau semua orang baik nak campur dengan orang baik sahaja, habis yang kurang baik tu siapa nak bimbing ?


Kita ni konon baik, so kawan dengan yang baik je la ? Habis yang kurang baik tu, biarkan je la kurang baik sampai bila-bila ? macam tu ? SALAH ! Selagi pendirian kita kuat, kita kawan dengan gengster ke, penjenayah ke, kita tetap baik punya. 




Doalah, moga ditetapkan iman :')


Nak menegur orang pun, kita kena selami hati kawan kita tu. Masuk dalam hati dia. Semua orang kita masuk dalam hati mereka, bukan sebahagian sahaja. Yang baik, boleh kita tambah ilmu, ingatkan kita selalu, yang kurang baik, boleh kita tegur. Sebarkan ilmu. Tak gitu ?


Wassalam.


Sorry, aku just menyatakan pendapat, menyuarakan isi hati. Tidak bermaksud menyakiti sesiapa. Tidak bermaksud melukakan mana-mana hati. Sebab aku sedar, manusia tak sempurna. Selalu buat silap. Selalu buat kesilapan. Selalu buat andaian itu ini. Manusia biasa macam kita bukan maksum ! 



Tegur aku jugak kalau dalam post ini ada mana-mana yang salah. Deal. Okay ?

nah hadiah :)