TRIAL (PMR)


Assalamualaikum,



Heya all ~ semoga kita semua berada dalam lindungan Allah, insha-Allah :)

Emm, trial ? dah lepas rupanya. Rasa macam air lalu je. Tak sangka. Rasa macam baru semalam masuk form 3, dapat homework gedebuk depan mata setiap hari. Lagi pula kena attend tuisyen petang malam. Ada lagi pula, weekend je mesti ada activity untuk students form 3. Rasa homesick sebab tension tu lagilah. Yang kes taknak balik hostel pun ada. Tapi, sekarang rasa macam, pernah lalui ke ?


Trial ? untung la kan, memang qada’ qadar Allah dah tentukan, nama NURUL FATIN BT HAMDAN kelas 3 MUJAHID ni dapat angka giliran dalam form K031. Duduk dewan, lajur 3 baris 3 dari depan. Yang best bawah kipas pulak tu ! awesome, nak stalk orang dari tingkap pun jauh. Yang lagi best, kiri kanan depan belakang, barat daya, barat laut,timur laut all girls ! belah tenggara je ada students lelaki kelas 3 ALIM. Awesome.


Kenapa best kedudukan tu ? tak payah nak act baik sangat kalau duduk sebelah students lelaki. Haha. Eh, jangan salah faham. Kat kelas pun jauh dengan budak laki apa. Menjauhkan. Start form 3 baru belajar, menjauhkan.


Trial ? haha, awal-2 pun cikgu dah cakap, soalan trial awak SUSAH ! kenapa SUSAH ? sebab soalan PMR SENANG. Sebab tu cikgu keluarkan soalan trial yang SUSAH-2 je. Tapi, soalan SCIENCE tu kira SENANG kan ?


Time jawab trial ? yang paling penting, control taknak tidur. Tapi pernah la kot agaknya, angin sepoi-2 bahasa, tak pun soalan jawab sekejap je dah siap, rasa boring. Kenapa jam tu lambat sangat gerak, at last. Sleepy. Ada lagi tu, sebab rasa boring kan, sempat lagi menulis karangan kat kertas soalan. Haha. Jangan tanya karangan apa!


Lagi ? of course la hari-2 datang awal. Kepada students luar maybe perasan kut, ada sorang pelajar perempuan yang kat situ memang tempat duduk dia. Bench depan bilik PIBA. Cikgu pun perasan agaknya. Haha. Tapi just utk 5 days back. Lepasni bila nak duduk setiap pagi kat situ kan? Next exam mungkin ya.


Lepas keluar dewan exam je, mesti cakap dengan orang keliling, “aku tawakal to Allah je la mana-2 yang tak dapat jawab tu.” Dah cakap soalan memang susah kan?


Bila orang tanya senang ke susah. Emm, nak cakap senang, ada je yang tak boleh jawab. Nak cakap susah elok je boleh jawab. Kalau betul-2 tak boleh jawab memang shoot for the moon, even I missed it, at least it’ll land among the stars kan ? haha :)


Paling takut nak jawab paper ape ? SCIENCE ! kenapa ? sebab mid-year exam yang lepas dapat B. jawab paper SCIENCE Jumaat pagi, pagi tu juga call mak, sungguh-2 cakap dengan maka doakan anak mak sorang ni. Mak cakap “setiap masa mak doakan.” Punyalah takut yang amat sangat kan, at last, leleh juga. Kan, dah terlepas. No one perasan.


Bila cakap dengan mak takut result trial yang keluar nanti, awal-2 mak dah cakap. “kan baru percubaan.”


Okay, mak memang awesome. Dan menenangkan ! sweety :)


After jawab paper last math paper 1 tu, tak feel apa-2 pun. Rasa biasa je. Tapi yang best, haBis trial, balik rumah, then raya. Haha :) ada sesi mintak maaf dengan semua cikgu kat galer kecemerlangan. Dekat bilik guru. Beauty. Memang sibuk betul semua pakat nak balik rumah mak dah jemput masing-2 time balik sekolah tu. Haha :)


Ni elok dah jejak rumah rasa boring pulak. Start rindu kat maahad balik dah.

i'm gonna miss that TANGKI. haha. always :)



Okay, mood nak sambung menaip hilang.


Wassalam :)



Pray for our result ! mintak-2 jangan terukkk sangat. Amin-amin-amin. form 5 !! goodluck trial korang ツツツ

Fact # tunggu result trial tu keluar lagi seram haunted daripada jawab exam trial. Seriously.

1.09 a.m
Friday (17-08-2012)

:please cakap lagu blog ni cute.