“Botet okay tak ni ?” Myra budak belakang tanya.
“Okayy…” senyum.
Assalamualaikum. Hihi. Welcome to memory lane.
Eheh. Here, nak cerita la pasal Botet. My ex. My boyfie. My cat
actually. My lover. My jantung and nyawa suatu ketika dulu. My penguat
semangat. And till now, his present still fresh in my mind. Hok alohhh. Drama
swasta tak berbayar disitu -.-
Botet ? ex-maahad ? haha. Kesian la azmil kalau dia
disamakan dgn kucing. Hmm hmm. Dan disebabkan nama kucing aku BOTET, ada jugak
kawan aku yg panggil aku BOTET. MYRA, EKIN, MANDA. And I like that name actually
:)
Orang boleh cakap aku gila la kalau aku fell in love with
cat kan ? biar la apa orang nak kata. Aku peduli apa. Bukan aku kacau orang
pungg. Biasalah, people keep judging others. Itu normality yg sellau kita lihat
la. and here a story.
Five years ago, when I was in standard 5. (2008)
It was one evening, my mummy had just back from her school.
Biasalah cikgu, sekolah menengah, jejak rumah area pukul 3 cenggitu. Pastu, my
mummy suruh amek kotak dalam kereta. Tanya la, “Mak, ada ape dalam kotak tu ?”
pastu mak senyum. Kotak kuning A4 yang besar tu kann. Ape jek ada ? bukan berat
ke kotak tu kalau ada isi pungg ? kalau kosong takpelah jugak.
“Pergilah tengok. Ada burger besar dalam tu.” Alololo
comelnya mak bergurau ekeke. Pastu, bukak la kotak tu, and I was soooo
surprised dalam tu ada kucing eheh x) kechik kechik kaler putih hoho.
WHEN HE WAS SLEEPY PURRR PURRR aummm :* |
Yang bagi nama kucing tu Botet, along laa. Comel jek nama
Botet. Hihi.
KAN AKU DAH CAKAP DIA NI COMEL GILA LA KANNN x) |
Tralala. Dia lah teman sejati. Temankan aku tidur. Main,
buat homework, and even tgh solat pung dia duduk jugak kat sebelah. Hihi. Comel
jek dia ni. Pastu dia pung makin membesar dan besar dan tua.
THIS IS HOW HE LOOKS LIKE WHEN HE WANTS TO SAY SORRY BILA KENA MARAH :') |
Satu sifat Botet. GANAS. In aspect of, menyerang manusia. Dia
tengah marah, dia cakar. Dia terkam. Semua orang dalam rumah ni pung dia pernah
cakar. Dia bergurau cara ganas. Menyakitkan hati. Yes, dia pernah pung
menyakitkan fizikal aku. Tangan ni penuh jek dgn cakaran dia.
Tapi, bila dah sayang. Ape nak dikesahkan ?
Nama pung sayang. Dia buat kita teruk mana pung, kita kesah
apa ? nasib baik aku sayang kucing, dia sakitkan aku pung, dia bukan dosa pung.
Nasib baik Botet tu bukan manusia, kalau ye lah dia tu manusia, selalu sakitkan
aku, but aku still sayang dia, memang patut org ckp aku gila. Dan aku terima kalau
semorang nak cakap aku gila.
BUT !
it was one night. bulan 11 ke 12 tahun lepas (2012).
We were watching television together, with my twin sisters. Abah and mak had go to sleep. so early, as usual.
off about that. biasalah, Botet. keluar pagi, malam baru balik. lepastu bising mintak makan. and macam biasa jugak. around pukul 10 11 macamtu Botet balik rumah. mintak makan. alang-2 ada ikan goreng tu, campur gaul dengan nasi. lepastu bagi dia makan.
dan macam biasa jugak, botet lepas makan nak keluar rumah balik. so, dia duduk depan pintu dan mengeow kuat-2. bagaikan menjerit kepadaku menyuruh bukak pintu nak keluar. and then, aku pun bukak pintu, tetbe kat depan pintu ada kucing lain ! (Jujo) apalagi, Botet terus terkam Jujo dan berlakulah pergaduhan yang besar jugaklah.
aku menjerit meminta tolong. haha. lepastu, capailah apa-2 yg ada kat situ, nak pukul Botet sebab cari gaduh. jantan mana boleh jumpa jantan weyy !
actually, botet memang ganas. terlampau sangat emotional. garang habisan. spoilt. ngengade. semua yang negatif ade kott. pemalas. social. banyak beranakkan kucing betina lain. biasa lah. JANTAN kan.
ok sambung, time aku nak meleraikan pergaduhan antara mereka itulah, aku diterkam. tangan kiri dibaham. meninggalkan luka yg sangat ketara. calar balar kott tangan. haha. ini memang terbaik. apalagi, jerit menangislah aku. nasib baik rumah memang sedia first aid. haha. tsk tsk tsk :'( gigi botet yg tajam telah menggigit tangan aku, ada dapat 3 lubang kau ! tangan terus tak boleh gerak 3 hari.
mak and abah yang tengah tidur terbangun, berlari ke dapur. tenenenene. lepastu, Botet dicerca, dimarah, aku jugak yang kena ==' buat haru je botet.
"dah lepas ni, kalau botet balik lagi, memang mak buang terus !"
masuk hari kedua, aku dengan tangan yang masih lagi terasa bisa. just sapu antiseptic cream dengan cuci luka pakai dettol je. chill la, hari-2 aku peluk cium kena cakar dengan kucing elok je.
malam kedua aku injured tu, Botet balik. aku suruh amir bagi makan. amir pun bagi. time tu lah, abah suruh amir kurung botet tutup dengan bakul baju. aku yang sedang baring depan tv rasalah jugak sayu. tapi baik senyap jek. tangan tengah sakit woooo. lepastu abah amek guni ! naaa ~ abah amek botet, masuk dalam guni, lepastu masuk but, start engine kete. lepastu buang kat mana tataw. =='
tsk tsk tsk :'( paling sedih dengar botet mengoew, dalam guni tu. oh no ! aku masuk bilik, dan menangis, macam ape ==' jadah. adalah lebih kurang 30 minutes crying. tak la lama mana kan. mata bengkak. no one kesah. aku nak menghalang ? haha. tiada kuasa. better to shut up. nobody cares. hmm hmm
"Dia dah buat macamtu kau nak bela dia lagi ? biar satu rumah ni sakit baru nak buang ?" kan dah kena marah -.-
mungkin ini memang jalan takdirku.
and our last memory w/ him :') syawal tahun lalu. tak sangka syawal terakhir dgn dia :/
HIM. my boyfie BOTET. |
PALING SUKA EKOR DIA YANG BENGKOK :/ |
that's my memory. that's my story. once I love, I'll never stop. till now. Once I care, I'll never stop. Susah jadi org yg setia ni kekadang, sebab susah nak lupa kenangan. But, life must go on. perjalanan masih panjang.
kalau Botet masih hidup, aku harap mati dia dengan sebaiknya. aku taknak dia disakiti. entah-entah kat luar tu dah banyak kali dia kena halau, entah ape agaknya yg dia makan :( 5 tahun hidup dengan dia. 5 tahun. bukan sekejap. dia membesar dgn waktu, dia membesar kenal dunia dgn aku. tak sempat aku amek SPM dgn dia. walaupun sebenarnya, aku lebih perlukan dia time SPM ni berbanding UPSR dgn PMR yg lepas.