Assalamualaikum kalian :)
Haha. Tengok title pun dah taw
cerita pasal apa kan ? well, tetibe pulak rasa nak menaip pasal creator paling
famous kat dunia ni. Kucing. Omeyy dia :)
Emm, siapa je rumah dia takde
kucing ? bela kucing elok-elok ataupun binatang lain SAHAM AKHIRAT tuh. Tapi,
kalau taknak pun takpe. Kalau allergic pun, bukan kita yg mintak allergic dgn
kucing kan ? Allah lebih mengetahui kan ? ada hikmah kot sebab allergic tu. Yg kes
geli dengan kucing ? ok, that’s kinda cute. Paling best tengok orang geli
dengan kucing. Nabi pun sayang kucing la :) geli takpe, benci jangan. Ada aje
manusia kat dunia ni dengki sangat dengan kucing kan. Lepastu nak menzalimi
pulak kan ? SAHAM MASUK NERAKA la tu.
Tengok, muqaddimah je dah
berjela. Tu la, karangan BM buat sampai 5 page tak habis. Haha. Ok, SPM nanti
baru buat 5 page tak cukup. Well, got this idea daripada someone yang
bertanyakan baju raya BOTET tahun ni kaler apa ? haha !
Botet, creator asing dalam rumah
kitorang. Dapat dari mana? My mom brought it from her tempat mengajar. SMK SERI
MEDAN, BATU PAHAT. Mak kesian agaknya dengan kucing kechik yang terpisah dengan
parents dia maybe. So, my mom bawak balik rumah. 5 years back already. Dulu kecik
je macam kasut baby, sekarang dah besar tagun dah. Dulu memang tak reti nak
survive sendiri, sekarang ni, heh. Rumah ni jadi rumah tumpangan tak pun hotel
je. Pergi keluar tengah malam, balik rumah subuh. Nanti ada je la yang ketuk pintu
subuh-2 mintak masuk bagi salam dengan suara ala-2 comel tu.
White fur cover all its body,
black nose, blue eyes, dgn ekor dia mcm cangkuk dalam cerita spongebob flying
dutchman tu. Emm, mana dapat nama BOTET ? along yang bagi, ala-ala comel la
dulu kan ? eh, comel apa nama tu. Macam tuan-2 dia kat rumah ni. Botet seekor
yang sangat aktif, suka menggigit also pemalas. Nama pun BOTET. Kalau marah pun
buat muka toya je. Nak marah pun, it’s a cat. Takkan nak suruh nyawit belakang
rumah pulak ?
Emm, botet binatang peliharaan
yang paling lama hidup kat dalam rumah ni. It has been five years already. Woo..
lama kan ? well, dulu tengok kecik je, angkat pakai jari je. Sekarang nak
dukung dia pun macam angkat beras dah. Berat mak aiii ~ selalunya menatang lain
yang duduk dalam rumah ni tahan tak lebih 3 tahun. Kalau tak mati, kena buang,
tak pun lari dari rumah. Haha. The whole family sampai sepupu sepapat sedara
mara semua sayang gila kat Botet.
Walaupun,
Walaupun. Walaupun Botet pernah
buat sepupu sorang tu allergic dengan kucing dah. Sebab Botet pernah gigit dia.
Also dia pernah terkam tuan dia sorang ni tak pasal-2. Time tu angin dia
mungkin tak baik. Baru balik subuh, then, tegur la dia, pagi-2 baru balik. Bla-bla-bla
dengan dia tak lebih 3 minit kut. Boleh tibe-2 dia terkam macam harimau
menerkam mangsanya. Warrghh ! menangis menjerit meraung 30 minit tak henti tu. Bekas
cakaran dan calar balar pun ada lagi. Pengajaran, jangan kacau Botet kalau dia
tengah mood tak baik. Heh. Muka pun tak de emosi. Mana nak tau angin tak baik
ke baik. This happened when I was in form 1 kott.
Lagi sorang kena, abang. Tu la,
kucing tu tengah marah. Kau pergi snap gambar dia marah. Lagi la dia marah. Apa
lagi, sekali kena cakar sampai berdarah-darah-darah tu. Parah betul. Astagfirullah.
Tapi abang stay cool je. Eh tak, dia marah balik kat Botet. Dia halau Botet
keluar rumah. Dua hari lepas tu Botet balik rumah jgk. Nama pun kucing.
Hemm, kat dalam rumah ni, semua
pernah kena cakar dengan Botet. Pantang diusik sikit. Kesimpulan, Botet memang
tak suka dipegang. Hek aduhh. Tapi, kalau peluk cium kasih laga pipi dengan
Botet dah biasa kot. Muehehe :) botet manja dengan mak, abang, amir and me. Haha
:) dia paling takut dengan abah. Sebab abah selalu kejar Botet pakai penyapu. Haha.
Abah nak gurau-2 je kut. Tak la, bukan sebab takut abah kejar pakai penyapu,
takut sebab abah selalu mandikan Botet dengan cara yg terlampau “ekstrem” kut. Tuan
dia yang sorang ni mandikan botet dengan bakul baju. Telangkupkan bakul baju
tu, lepastu siram dari luar. Senang kan ?
Dan lepastu dapat cakaran free je
dari botet.
Botet berak ke tak dalam rumah ?
dok ehh, berani la dia buat. Pernah la dulu kut dia buat. Lepastu mak marah
dia, ha, padan muka dia kena marah. Actually, ada cara nak suruh dia melepas
kat luar rumah. Amik sebatang lidi, then, ukur panjang lidi tu kat ekor dia. Patahkan
then cucuk bawah pokok. Lepastu cakap dengan kucing kalian “ this is your place to throw out all the
makanan terhadam tak guna dalam perut.”
Kucing faham okay apa kita cakap. Bijak kan ? botet ikut je the whole family
cakap apa.
Emm, kucing pun ada fitrah apa. Botet
memang suka dengan perempuan. Yes, of course me. N me also sayang Botet. Sebab dia
yang selalu dengar cakap, tempat lempias marah, tempat peluk cium kasih yang
halal. Salah ke spread loves kat kucing ? daripada spread loves kat boys luar
sana, baik kawan dengan Botet apa. Tapi yang sorang tu tetap simpan kemas dalam
hati ye budak !
Still different cakap dengan
manusia compare dengan Botet. Botet memang pendengar yang setia. Selalu dengar
sampai dia tertidur. Macam gila kan ? tak kesah la, me tak kacau orang apa. Haha.
Kalau cakap dengan orang, mungkin dia akan malas nak mendengar, or maybe dia
bagi response tak baik. Tapi setakat ni, me memang jarang story dengan orang
kot ? mungkin ? opposite sex ? yang sorang tu memang suka dengar cerita, kan
budak ? girls, haha. Me memang mesra alam apa dengan perempuan. Friendly cakap
omputih. Tapi tengok masa jugak la. Kalau mood tu ala-ala gunung berapi kat
everest, (ada la pulak) so, memang tahap kedinginan lebih dingin daripada sejuk
air laut dalam kat lautan pasifik. Pandang pun tidak.
Back to Botet. Dia pernah patah
tangan. Case ? abah tengah busy buat kerja pasang siling, yang kau duduk
menyebok tidur kat tempat kerja abah siapa suruh. Sekali kayu yang abah potong
lebih kurang panjang dalam sekaki je, jatuh atas tangan botet. Tangan la kan
kaki dia yang depan tu ? time tu darjah 6 tak silap. Lepastu dia meraung. Meowing
macam kucing hilang maruah. Muohehe. Abah sapu minyak gamat. Bagi dia makan
ikan rebus sekilo 2 ringgit dengan susu dia tak lalu makan tu. Haha :) orang
sakit memang tak lalu makan apa. Macam me la, demam 3 hari. 3 hari langsung tak
makan. Tapi botet makan la sikit. Nak cepat baik kan? The whole family pujuk
botet. Dodoikan botet. Tidurkan botet. Sang lullaby kat botet. Lepastu baik la.
Haha. History. History.
History. Tempat tidur botet ? sukehati dia la nak tidur kat mana dalam rumah
ni. Semua tempat dia redah. Atas katil ? sofa mak ? depan bilik air ? sebelah
peti ais ? Alhamdulillah, kitorang the whole family belum pernah kena selsema
or what so one diseases sebab botet. Interesting. Semua tempat selesa nak
dibuat tidur Botet dah tumpang sekaki dah. Sharing is caring. Prinsip hidup
botet. Konon nak suruh kitorang share semua tempat selesa dibuat tidur dengan
dia. Untung botet sebab dapat tuan and be part of our family dalam rumah ni. Sedangkan
mak abah along angah abang and amir pronoun diri masing-2 macam family sendiri.
Kalau betul botet tu orang, dah boleh masuk tadika dah. Dah reti agaknya
mengeja. Thanks Botet bagi kitorang pahala :) insha-Allah.
Bila benda dah sayang. Lagi-2
benda hidup macam yang bernyawa, memang parah nak ditinggalkan. I means, what
if Botet death ? am I gonna die too ? well, spread loves selama ni dengan
Botet. Sayang betul kalau nak tinggalkan dia. Sayang. Sangat sayang. Entah siapa
boleh jadi pengganti dia kan ? haha. Gaya macam cakap orang yang nak
meninggalkan je. Haha. But if kalau budak tu tinggalkan me, memang kena pancung
kut ? tengok la sape tinggalkan sape. N I will think 1800 kali kalau nak pancung
or kecewa pun. Allah ada. Ramai lagi orang yang sayang support daripada
belakang untuk teruskan hidup menempuh onak dan duri yang mengganas dan sungguh
tajam.
Things gonna crazy kalau menangis
sebab orang yang kita sayang tinggalkan kita sebab dia memang tak sayang kita. Dah
orang tak sayang, tak suka, nak buat macam mana kan ? muohehe. Dah tersasar
jauh ke mana topic ni dah ? tukar channel. I hate this part already. We still
friend huh ?
Tapi botet tetap setia semat
kemas dalam hati.
Sayang kepada haiwan.
12.50 a.m
19/08/2012 (Saturday) = the day
before Eid Al-Mubarak.
*creator = creature :)