After SPM. What we're gonna do ?


"Can I attend English class ? Mum ?"
"Ahh ko takyah ngada. Belajar kat rumah nyanyi ke baca ke apa. Cuti tolong kemas rumah semua."

And me acted like, "K."


Assalamualaikum. Ladiesss and gentlemen hihi *peace*


What I'm gonna write. What I'm gonna do. Ahhhh. Yang penting la kan, aku ni dah la jenis aci penakut that is whyyyy I kalau boleh taknak amek lesen sebab I tengok semuaa driver perempuan cemtu haaa pepandai la nak faham kan nanti mesti boys gelakkan cis. 


Kalau boleh nak hire driver :3 ahh memang tak ahh kan. Bukannya laki aku datuk pun nak jadi datin haa berangan je lebih.


And for those yang going to PLKN you guyss sangatlah untung sebenarnyaaa I'm so jealouss tawuu ? At least korang kat sana tak jauh la daripada keduniaan fitnah dajjal bagai kan sebab timetable time management semua tiptop yang aku sangatlah jealous jemaah 5 waktu pastu qiamulail tiap mingguu ahhh ingat senang ke nak buat kat rumah :'(


Kerana imanku tidak seteguh Srikandi Islam :')


Listed out few things :

1. License
2. Cooking Class (Home)
3. Jaga Jujo, Yoyo and Chiko
4. Ajar Ame few subjects utk form 4
5. Menuntut Ilmu tiada sempadan
6. Nak hafal Quran :(



Entah sebenarnya dulu time sebelum exam SPM sembang kencang nak buat itu ini finallyyy I pun dah lupa nak buat apa haiyaaa Datin Fatin -.- Tapi sebenarnya ingat jugak la nak update blog memanjang nak tulis itulah inilah apelahh hmm last last kelautttttt tawu ?


Ni pun sebab Manda, Bill, Wazren dgn Fie-ire suruh tulis lelagi Wazren. Hai Azreen ! You're reading this dont you ? HIHI *gelak kechik tutup mulut gaya gedik*


Aci pang kang =.=


Dan I still teringat la banyak betul cases sebelum SPM dulu ya Allah makin kitorang dekat nak SPM org keliling ni haaa yang kemain kencang memacam perangai itulah inilah fening akak dik fening tawu ? 



takdo la pulak akak tengok form 5 ni perangai pelik pelik ke hape ke kan. Taktawu la kalau akak yg tak perasan dikk. Tapi akak tengok korang ni Ya Allah kenapa perangai memasingg eyyyy geramnya akak dik. Dik akak nak SPM tolonglahh jgn buat perangai. Haihhhh gangguan mental jiwa emosi semua ada.


Let bygone be bygone. Awak ingat akak tak tawu ke korang buat apa ? Akak perati je dikk haa padan muka. Paling kelakar petang tu tunggu nak paper 2 addmath lepastu aku perati budak tu depan bilik guru pastu panggil geng aku sekali tolong tengokkan lepastu haa padan muka. 

Kau cakap dgn aku pos kan ? Ingat akak tak tawuu ke dik POS tu apa. Hek eleh, kau takut kan dgn akak ? Nangis hengko nanti ckp dgn akak. Akak takde nak buat abused apa apa ke kat ko. Sunggulah dibalas dgn tuba. Takpe. 


Jangan disebabkan satu kesalahan tu menutup seribu kebaikan yang ada.

Jangan.


Dan sebenarnya kalau nak throwback sangat what happened for 11 months back sangatlah panjang hikayat tiada henti. And sebenarnya macam tak tahu la this year I'm so lazy to write to do everything. It was just, I'm enjoy doing nothing maybe ?


Ye la, masa form 3 boleh habis almost 15 books kot daripada awal tahun sampai akhir tahun hasil tulisan tangan. Ala takat buku tulis kecik yang sekolah punya tu. Beli kat koop, takde kott. 


Time form 4, got a planner from Kak Hanis Yahya and yeahhhh. Buku tu pun habis jugak tetiap hari tuliss. Ahh I sayang jiddan infinity kat planner maroon tu like infinity. Haha k.


After school after school. So lepasni I boleh focus kat bola bola bola. Tapi I tengok EPL (English Premier League) laa. UCL next March. Blablabla. Next World Cup tunggu zaman aku wedding nanti. Lagi lagi lagii...


Nak tumpukan sepenuh perhatian kepada kucing kucing I hihi. How much I love them like ahhh sayangnyaa. You know I'm so addicted to cats ! 


Antara amalan kecil berpahala besar : Share makanan dgn kucing. 


Sebab tu la kott I'm so addicted to cats they're so fluffy I can kiss and hug without any doubt. Rabbits tigers ahh comelnyaa tigerss. Tapi memang tak ahh aku berkesempatan nak peluk kan eyy.


And bila cakap pasal what uni you would choose ?


I ingat nak amek law, syariah takpun TESL. Tu je kott. Sejarah seems menarik. Kalau SPM amek geografi boleh la further studies tapi masalahnya tak kan. Minat la ek dgn Geografi dulu form 3. Rindunya cikgu Ruzaimah, Cikgu Anita, Cikgu Tajudin. F1 F2 F3 hihiiii comelnyaaa auww.



See, nonsense kan ? Yang penting nanti I nak print out segala lyrics so I can sing non stop haha. It was just one of my mind therapy la sebab dulu time dekat nak SPM kan tension lebih kan sebab tu la nyanyi all day long. Lagu yang famous lagu Frozen la. Lelagi part Let It Go pitching kena high tu haa. Amplitude kena high haaa. 


Lepas nyanyi boleh dah gelak balik. 



Okay. This is full stop. End of babbling. I want to save few things on the next post will ya ? XOXO publish !


Wassalam :)


Seriouslyyy I love roses.







You owe me, human.


07 July 2014, waktu rehat.


“Cam tak ni tulisan siapa ?” kelas Arif, Hadi, Muja aku pergi tanya sorang-sorang, tanya soalan yang sama pulak tu. Sambil hulur module, suruh diorang tengok sticky note yg terlekat atas module tu.

“Tak. Tatawu. Laki ke pempuan ?” eh, tanya balik ?

“Aku tatawu. Tak cam.”



Isbiri ya Fatin. La taghdab. Isbiri ya fatin. Rabbuna yusahhil !




Assalamualaikum.


55 hari module tu hilang. Dan baru nak pulangkan ? Ya Allah, sabarnya hati ni. Oh, memang kena tunggu bulan puasa la yek baru nak pulangkan ?



Heh, saje cari pasal ye ? Dah la pinjam tak cakap. Alih-alih tengok takde ! You made me macam anak hilang anak, menjajau cari dari kelas dorm hostel astaka surau makmal pondok segala pondok satu sekolah satu asrama aku cari.


Ceritanya begini,


Exam’s week. Nama pun exam, segala jenis buku dan module bahan rujukan letak kat bahagian belakang kelas. Macam biasalah kan. Fine la, elok je letak module yang satu kepunyaan diri sendiri tu atas rak bahagian belakang tu. Classmates lain pun ramai yang letak. Done.


2 hari before paper bio. Cari module tu balik, eh ? Hilang ? Takde ? Missing ? misplaced ? Takpelah, ada orang pinjam kott. Elok-elok kat situ takkan tetibe hilang pulak. K. Dan sehari sebelum exam bio cari lagi. Takde jugak. Aku salah letak ke ? Bawah meja, rak belakang, dorm. Takde.



11 May 2014, prep petang.




“ADA SESIAPA TAK NAMPAK MODULE BIO AKU ?”

“Takde…………” jawapan yang sama diterima tiap kali ditanya. Siapa yang cari pasal nihhhhh.



Nice ! Tadaaaaa ! Module bio aku hilang, eyyyyyy siapa amek. Takpe Fatin, reference book kan ada ? sabar dulu ye Fatin ye.




Lepas exam.



Semorang dah kemas meja masing-masing semorang dah clearkan segala barang. Dan aku, macam mak kucing hilang anak masih lagi mencari module bio tu. Takde. Hampir setiap sudut kelas aku cari, tak jumpa.


Hari berganti hari.
Minggu berganti minggu.
Bulan berganti bulan.




Fatin seorang yang redha module bio tu hilang. Sumpah aku tak nangis pun, benda dah hilang, nak buat guane ? Tapi sebelum ni kalau barang hilang kejak je tadaaa jumpa balik. Tapi ni takde :( mak abah along angah even ke Gerard pun aku cakap apa module aku hilang. Hmm dugaan ke cobaan ke hmm.



Sebab dah lamaaaa sangat tak jumpa, apalagi. BUAT BARU LAAAA KANNNN.



Dan balik rumah entah bila tu, pinjam Izzatul punya module, photostat. Mana-mana yang tak Nampak tu copy balik. Sebab banyak jugak nota yang handwriting. So, kena la copy balik. Ilmu Fatin, ilmu. Walaupun burned half of my day. Satu malam aku tak tidur balik rumah kerjakan module tu.



Siap hashtag lagi, #SearchForModuleBioFatin



Hantar kedai nak binding. Ring baru segala pakai. Duit lagi. Masa lagi. Haihh. Takpelah Fatin, ilmu.




Klimaks.



6 July 2014,



Balik terawih malam tu, prep. Masuk kelas, letak beg, amek buku, naik library. Rushing. Habis waktu prep, turun balik, singgah kelas nak balik. Dan bila nak duduk, tarik kerusi. Tetbe ada buku jatuh. Eh ? Macam kenalllllll.


Module bio aku !!!


Atas module bio tu, terlekat sticky note.


Lepastu nangis. Leleh. Kali ni sungguh sungguh aku nangis.



Balik dorm, nangis lagi. You made me like a hysteria girl, human. Gaya macam tak betul pun ada nangis macam tu. Ada la setengah jam kott tak berenti. Luka lama berdarah kembali. Sungguh aku sedih, pilu, sakit, geram yang amat yaaaaaaa ampunnnn nauzubillaahhhh hi minzalik ! Lepastu call angah, ngadu and sharing stories. Okay la dah share kan.  Lepastu esok call mak, cerita lagi. Phew. Mak cakap, “Takpe, biar orang tu nanti dapat balasan.” Nak tenangkan hati ni je sebenarnya.



07 July 2014.



Mood takde. Mood takde. Dari pagi sampai balik sekolah sampai petang sampai malam tu satu kerja lagi aku nak mencari kerja orang yang tulis sticky note tu. Waktu rehat kat sekolah tu la, pergi kelas arif, hadi, muja. Takde taktawu tak cam tak kenal taktawu takde takcam takkenal taktawu takde entah taktawu entah takkenal.



Aku tak kira, cari jugak !



Dan balik kelas, nangis lagi. Aku genggam tangan Jiha Mahyun, dia cakap tangan dia nak patah kott. Penat tahan geram.




Kalau barang hilang tak berjejak, siapa yang tak geram ?



Geram yang super geram tu pun, sebab dah buat yang baru. Lepastu yang lama jumpa balik.





YOU KNOW HOW DOES IT FEEL ? kalau tak boleh nak rasa, meh sini aku tolong rasakan.


You owe me, human.


Wassalam.



Eid fitr, everyone.



BOLA.



"City dah menang. Kau senyap."
"Eleh. Nak gembira sekejap pun tak boleh ke ?"


haha !


Assalamualaikum.


It was since 23rd March 2014, if I'm not mistaken. eheh. Sebelum tu ada je pun. But lebih sopan la. Bukan mcm sekarang. So aggressive. Nak nak tahun ni world cup kan. Of course la tertuju kepada CR and Messi ewahh. 


Time tu just kenal Sergio Aguero and that manager Pellegrini. Nasri, Kompany, Demichelis, Jovetic, Silva and the very the one, Dzeko ! HAHA. muka Dzeko elok je ada atas meja kelas lewlss.


And they might think I'm crazy haha. Mana tidaknya, naik library semata-mata nak tengok paper everyday. yang paling best match Liverpool against City la. City kalah ! Fine -.- Game start pukul 8.30 malam. Pukul 9.00 something dapat tawu 2-0. And I was like argh !!! 


Rasa nak baham je segala benda time tu. Area pukul 10 something lepastu draw. lepastu happy balik. 1 goal je lagi 1 je lagi ! and yeah -.- lepastu rasa nak baham Coutinho. Boleh ek misskick Kompany. Injured main jugak. haih.


balik prep singgah canteen fine 3-2. Muslimin je la ramai. Jiha dah mengajak balik. tak boleh jadi tak boleh jadi. Balik dorm hiyargh !!! They all so pelik tengok kak Aten dia mcm apa dahh. 


"Taknak la minat bola. Nanti jadi mcm Kak Aten."


Better la akak minat bola. They all so pure tawu ? Daripada plastik overhere and everywhere. LOL. Maaf maaf -.-


yang case Moyes kick-out. Ryan Giggs. Van Gaal jugak jadi pengganti. Then, yang pasal Liverpool dgn New Castle ea yang draw tu ? lepastu Suarez nangis mcm baby kena pujuk dgn Steven Gerrard mak aihh. 4 hari berturut-turut muka Suarez dekat paper je :( Sedihh.


Lepastu City menang mlm tu. 11th May 2014 rasanya. esoknya paper Bio haha. Sempat lagi ek mlm tu. Pastu dah menang. Screaming yeayyy ! Zati and Hamra so pelik, "Kau kenapa Aten ?" 


And a few couple days after memang benda tak sedap dengar je la. City kena saman la, player semua celup la. Boleh kata City mcm JDT jugak la. Player semua dari luar. No doubt la player City semua mahal mahal belaka. 


Untung untung la ada satu pagi tu time jaga tangga tetibe Donat ckp, "Tahniah ea City menang." Haha. Nak tergelak pun ada. Ada ke. Patut la cakap all the best paper exam ke, may Allah ease ke. Ini tahniah City menang ? Heh. Memang patut pun. Penat aku jadi fans City tawu ? 


Baby blue or blue sky or sky blue tak kesah la apa pun. Yang penting aku nak ckp baby blue jugak. Lainlah Blues. itu dah chelsea. The Reds or Red Devil tralalala. tengok la next season maybe back to Man Utd. Memandangkan RVP is just there. Lama tak dengar cerita RVP ye RVP. 


"Akak ni minat Group diorang ke player ni ? Confuse."
"Eh hamboi. Senyap. Jgn tanya."


Because they knew the answer haha.


So, this is the end.


Game yang tak sabau Real against Atletico ewahh. CR and Bale ! 


p/s : No picture. Belambak fb twitter papers.



#Lajnah #Dewan #Majlis



“Ingat tak ?”
“Hmm ?”
“Mari mencipta kenangan manis bersama.”
*tengok langit*


Assalamualaikum.


Siapa sangka kan ? Benda yang pada awalnya pahit, jadi manis. Haha. Teringat kena kemas dewan untuk majlis persaraan cikgu kat dewan. And then something unexpected happened ! Masa tu tengah bentang karpet merah, dah bau hangit dah. Ingatkan red carpet tu punya bau. Sebab red carpet tu baru lagi. Tiba-tiba lampu tengah tu terpadam. Pandang atas, eh ada api !


Kabut la jadinya. Cikgu semua suruh keluar dewan. Short punya pasal -.- Yang paling best bila bomba datang. Haha. Time menunggu ketibaan pakcik bomba berjasa, lajnah yang ada sibuk bercerita itu ini. Suasana yang agak tegang pada awalnya bertukar ceria. Almaklumlah, pengalaman berharga ^^


Plan B. Surau Umar Abdul Aziz. Terpaksalah bertukar lokasi. Jadi apa-apa kat dewan kang habis je nanti. Hmm. Pintu gerbang. Thanks la banyak-banyak dengan Iqmal. And the others sebab tolong buatkan pintu gerbang tu.


Emosi semua masing-masing tengah tak stabil. Entah.


“Serius kau boleh buat ni ? Kalau tak, kitorang tolong.”
“Takpe takpe. Dah la pergi balik.”
“Serius heh. Jangan bagi kitorang susah hati pulak.”



Walaupun berat juga sebenarnya kaki nak melangkah pergi balik hostel dengan masih ada kerja tertunggak mcm tu. Serius la rasa bersalah. Dah la aku dengan Mimie memang prefect yg patutnya buat. Tapi -.- Tak faham la kenapa macam tu jadinya.


Takpelah, benda dah jadi pun. Yang penting niat ikhlas membantu. Siapa lagi yang boleh diharapkan ? Dan malam tu, malam 27 Januari 2014. Melakar satu sejarah dalam kehidupan kami :)


“Mari mencipta kenangan manis bersama.”



End. Wassalam.


Holiday ?


"Petang ni tader roll call eyy ?"
"Takde. Forging."
"Ala ekk. Baru nak bagi pesanan dekat adik adik terchenta."


Assalamualaikum.


[ Dan tetaplah memberi peringatan. Kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. ] Az-Zaariyat : 55.


sungguhlah, nikmat ukhwah itu hanya boleh dirasai bila terpisahnya dua jasad. Ewahh ayat. Cuti baru sehari. And I do really miss my tablemate Najihah Mahyun :')


Muahaha.


"Taknak balik rumah."
"Kenapa ?"
"Takut lalai."


Naaa. That's right. Sedangkan duduk hostel pun homework kekadang lalai jugak. Apatah lagi di rumah. Siapa yang ajar ? Didik hati kena lebih ni. Kerana semuanya bermula dari hati :)


"Akak. Saya dah nak pindah MRSM BP esok. Nak minta balik buku taklim saya."
"Eh ? Awak nak pindah dah ke ? Take care heh. Kat sana baik baik. Ingat apa yang maahad dah ajar."


And I do take this, "Even sehari je sekolah maahad, tetap ex-maahad."


Sebulan been here. And being as form 5. Stuck ? Haha. Takat ni okay lagi laa. Tapi nak bicara soal kesihatan, dah dua kali kott demam. Musim kan ? And my cough getting worst walaupun dah dua botol ubat batuk ditelan dan berbiji biji gula gula ubat batuk dimakan :)


holiday. Holiday lah sangat cuti 3 hari je eyy eyy. well said, program excel 1 mengejar cita cita dan impian kan ? dan cuti dengan homework. and ustazah wan pun dah pesan, 


"Selamat bercuti jangan lupa buku."


Baik ustazah. Sami'na wa a ta'na :) kami patuh dan kami taat. Nak jadi anak murid taat kena dengar cakap cikgu :') Kena siapkan homework. Dan yang penting, Lillahi Taala :)


Hostel amacam ? Macam biasalah. Rules makin ketat. It was just to train diri sendiri pun jadi lebih BERDISIPLIN. Life is about discipline kan ? Why not ? Just follow the flow and everything will be alright.


form 5 lebih mengajar jadi lebih rajin and berani. Dan dah form 5 pun, mestilah berani nak buat apa apa je pun ye dakk ? This is our place wehuuu.


And I'm not that crime.


Still remember my words. "Akak pantang heh. Pantang. Pantang. Pantang !"


And it was just, "Saya hanya bertegas."


End. Wassalam.


p.s : Kalau bukan zaman nak exam ni make a change. Bila lagi ?



UKHWAH.


"Sesungguhnya nikmat ukhwah itu cantik. Tidak kira siapa kita atau dari mana pun kita, denyutan nadi kita tetap sama."


“Kak Aten !” rindunya nak kena seru macam tu time form 4 dulu tiap kali balik sekolah, balik prep, balik tuition, balik kampung. Balik dari mana mana la asalkan tiap kali balik dorm.


Rindu.



Assalamualaikum.



Bila sebut apa yang best time form 4, then one of my answer was  my ex-dorm mate. Aherher. Sumpah rindu :’) dan yang aku rindu tu siapa je ?



Form 2’2013. Yang 2 orang tu. Izzati Amin and Intan. Whoaaa ! :’)



Time form 4 dulu, dengan diorang je yang aku kaw kaw close punya. Well yeah, letting out problem, sharing stories. Problem and whatsoever laugh and tears behind. All of it. Yang lain pun rapat je, tapi dgn diorang lagi rapat. Sebab budak dorm kott. Sebab nak rapat. Place for me to act so childish, mengada-ngada and ugly. Kakaka.



Entah, tapi rindu betul la kat diorang ek. Untung la senior rindu wehuu. Because I am a girl yang ebih senang sharing with budak budak kott. I don’t have little sis kan. So why not ? kenapalah tak terfikir tak teringat nak sedorm lagi dengan diorang time form 5 ni :’) kenapa is kenapa ?



Dan untuk form 5, nak sedorm dengan akak. Kena lah ikut rules akak. Ewahh. Budak bilik tahun ni semua baik baik super duper awesome :)


3 rules.
1. Jangan bising.
2. Jaga kebersihan.
3. Wajib al-mulk before sleep.



Takde ahh garang sangat. Tapi I do really care 3 benda tu heh. Menjadi form 5 pastinya memerlukan suasana ketenangan abadi ewahh.


“Akak nak cakap sikit pasal doa lepas al-mulk. Lepas ni nak baca doa, first selawat, second doa ibu bapa. Baru qunut nazilah. And the most important, baca doa rabitah. Wajib, faham ?”



Mandatori.



Doa rabitah. Deep. Taknak pisang berbuah dua kali. Hmm hmm. What can I say, aku lagi sayang budak dorm sendiri. Sebab dah macam family sendiri kan ? Diorang lagi kenal aku. Taaruf, tafahum, takaful. Of course we do :)



For my ex-dorm mate Izzati Amin and Intan Saraniza, akak proud gila dengan korang. Ahaha. tak cakap ek memasing kelas Alim dgn Adib wehuu. tengok la siapa akak dorm. ewahh. Jadi juniors yang baik heh.


End. Wassalam :)


p/s : Thanks for being my unbiological sisters. Hihi


ohh so sad gambar tak jelas. ini je last piece yg ada -.- lepas pndrive kena virus yang active, format. tinggal gini je. Kak Aten pendek hahahahahaha k. Rindu engkorang :')