"Sebulan la kan kiranya kita tak balik ? 4 weeks at the hostel. Final exam. Since 17th September here. What a life."
"Form 5 lagi sesak aku tengok. Tak salah nak biasakan time form 4 ni. Nanti form 5 semua benda insya-Allah senang."
Hati lawan cakap dengan kepala.
Assalamualaikum.
#Throwback #2thOctober2013 (Rabu)
Pemergiannya dalam lena. Penuh ketenangan. Dalam usia 63 tahun. We used to call her as "Embah" in Javanese. Malay ? Nenek. English ? Grandmother. Yes, it was one evening. After I'd done my asar prayer at the Surau Umar Abdul Aziz, I went back to my dorm. Take a rest. Reading Biology. Then, felt asleep. Biasalah petang-petang.
"Zati, nanti pukul 6 kejut akak heh."
"Okayy."
Tidur tak nyenyak. petang-petang lepas asar pulak tu -.- rasanya baru 15 minutes kejam mata. Then,
"Kak Aten, bangun. tadi ada pengumuman ada tetamu untuk akak." huh ? bangun tengok jam. 5.44 petang. Siapa yang datang ? Dengan separuh mamai, terus capai tudung. Keluar bilik, turun bawah. Nampak kereta .... Mak Su ? Nampak Hani, Thaqif, Raziq dgn Rafiq. Mak Su tengah duduk kat kerusi bawah tu. Nampak Pak Usu pun ada sekali.
Lari turun tangga, datang kat Mak Su, salam terus peluk. Macam dapat agak something.
"Kenapa ni ? Siapa ?"
"Embah ..."
"Ya Allah..."
"Cepat naik atas, kemas barang semua."
Perjalanan dari hostel ke rumah,
rasa panjang. Rasa sangat lama. Rasa sangat jauh. Every single inch of our
journey back to hometown (my house and Embah’s also, because rumah embah
sebelah rumah je) rasa macam Ya Allah lamanya. Padahal selama ni pun 50 minutes
nak sampai rumah, tapi ni setengah jam lebih je. Speeding.
Bila sampai rumah, laman penuh
dengan kereta and motor. Laman rumah embah, laman rumah sendiri pun. Lari. Lari
masuk rumah embah. Ramai sedara-mara yang dah ada, orang kampung, jiran-jiran
semua. Dan masa sampai tu, dah siap kafankan dah. Tinggal nak hantar pergi
kubur je. Tapi time sampai tu pun, area 6.30 petang dah. Kuburkan lepas
maghrib.
"Sue, aku pernah terfikir la. Cemane ek kalau tetibe nama aku kena panggil ada emergency case."
"Apesal kau fikir macam tu la ek."
"Saje, terlintas pulak kat kepala."
Suasana memang sayu. Anak embah
pun ada yang takde lagi. Cucu embah pun. Along dengan Angah tak balik lagi.
Allah ~ sempat tatap muka arwah buat kali terakhir. Dah sejuk. Dah pucat.
Sempat cium arwah buat kali terakhir. Umur aku pun dah 16 tahun, dah faham dengan
semua benda depan mata yang terjadi. Dah tahu arwah pergi buat selama-lamanya.
Mungkin, kalau time tu aku umur 2 3 tahun je, aku tak rasa apa sangat sebab tak
faham.
"Al-fatihah for my late grandmother." text message sent.
Dan sebenarnya, terselit 1001
kekecawaan atas pemergian arwah. Tak sangka, 3 minggu yang lepas tu adalah kali
terakhir aku cakap dengan arwah, dengar suara arwah. Selalunya sebelum balik
hostel, memang akan lari pergi rumah embah (50 meter) salam embah, cium embah.
“Embah, kita dah nak balik asrama
ni. Embah doakan kita heh. Bye.”
“Yelah, embah doakan aje.”
Dan selalunya embah bagi duit.
Paling kurang pun RM5. Duit jajan katanya. Dan memang tak sangka, itu kali
terakhir. Itu kali terakhir. Itu kali terakhir.
Lepas solat maghrib kat masjid,
solat jenazah. Lepastu kuburkan. Benda yang tak biasa berlaku, kburkan lepas
maghrib. Dalam suasana yang gelap, ditemani dengan lampu yang ada.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Along, Angah, Idin, Nazmi, Mizan, Sabrina,
Muszaphar, Shahmina, Abdah dengan Arisyha cucu-cucu embah yang tak sempat nak
jumpa arwah.
Teringat semuanya. Waktu
disolatkan, dikuburkan, dibacakan talkin. Teringat semuanya. Dan time tu masih
lagi rasa mimpi. Dan malamtu, rasa after solat isyak, baca tahlil family untuk
arwah :/ It happened so suddenly. After tahlil, baru text Ustaz Sani melaporkan
fly dari hostel sebab kes urgent. Hari Khamis esoknya pulak ada test addmath,
ada tuition Physics. Nak buat cemane, terpaksa skip. Hari Khamis tak sekolah,
melarat Jumaat pun tak sekolah.
Hari Sabtu subuh balik hostel,
dengan hujan. Sebab hari Sabtu ada tuition. Dengan hati yang tengah tak sedap
jugak. Sampai-sampai je, facing all my friends. Tolong la jangan tanya aku such
that question time hati tengah tak tenang ni.
“Aten okay ?” senyum. Sebak. Jangan
jawab. Kalau aku keluar suara, memang tak terkeluar la suara nanti.
Dan sepanjang-panjang dari pagi
bawak ke tengahari, petang, malam. Esoknya. Semua orang tanya “Aten okay ?” Give me time. Just give me time.
And that makes me remembered of that sentence.
“Don’t bother to ask if you don’t
bother to care.”
Emotional. Huh.
Kenangan bertebaran depan mata.
Al-fatihah buat arwah embah, Hjh
Supinah bt Sibar. Al-fatihah.
Sayu terpisah, hikayat indah kini hanya tinggal sejarah.
Berhembus angin rindu,
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu,
Hujan lebat mencurah kini,
Bagaikan tiada henti,
Kaulah laguku, kau irama terindah,
Tak lagi ku dengari..
Kau pergi …..
Happy Eid Adha :)