H A D I A H :)



"Kak Aten, tadi nampak dia kat belakang tak ?" kaki baru langkah masuk depan pintu dorm tu. tengah penat aku baru balik majlis Hari Guru kat belakang tadi. Then, aku senyum jek. Letak beg atas katil. Bukak tudung. Duduk.
"Nampak la. Tapi dari jauh jek." 




Assalamualaikum. Hai :)


eheh. lama dah kauuu aku tak menaip untuk blog ni. Padahal banyak bebeno benda nak cerita haihh. Maybe sebab laptop tu buat hal. spoil mood terus katekoo. Kahkah. anyway, cuti 2 minggu nak buat apa ? hahahahahaha. niat di hati nak study. tapi tapi tapi, baru habis exam tu. kena study jugak heh ? 


nak habiskan buku CHICKEN SOUP FOR THE SOUL, novel CHOCOLATE MOUSSE VS CHEESE CAKE and buku motivasi BERSYUKUR ATAS NIKMAT-NYA. 


itu memang aim aku. lala. anyway, sambung cerita. Hadiah ? uwaaa. Hadiah :) Nawal. eheh. Nawal macam watak dalam novel Pelangi : Ked's Story. by Hlovate.


Hari Jumaat (17th May 2013), paper Arab. seriously aku tak expect langsung pun insyak tu yang keluar kau. padahal tajuk madrasati jek kot. so, memang spontan habis la insyak tu aku tulis. dah la pulak dengan vocab yang ala-ala tak ingat tuh. dah kalau malam sebelum tu memang aku tidur awal, tak baca buku pun. tak selak langsung pun insyak. emosi terganggu mungkin -.- ngaihh.


After finished jawab paper Arab hari Jumaat tu, sakan la harini Jumaat. esoknya cuti mungkin. lagipun ramai yang balik rumah. untunglah balik rumah 2 minggu sekali. aku ? 3 minggu tak sebulan sekali kot baru balik. padahal baru form 4, belum form 5 -.- ehh, macam tak biasa pulak. Lahai ~


keluar kelas, kepala nak tuju satu tempat jek, Bilik Kaunseling. Nak jumpa Pak Mi, esoknya ada Pertandingan Membina Blog kat PPD. Cut that part. On my way to there, terserempak dgn Najihah Mahyun. She smiled at me. 


"Aten !" dari jauh dah laung nama aku.
"Jiha." senyum plastik mungkin. barang yang berbungkus sampul hadiah bercorak daun kering warna kuning cair kat tangan Jiha menarik mata aku. 
"Nah." eh ? ni macam, hadiah ? untuk aku ke ?
"Siapa .. bagi ni ?" terketar aku tanya. 
"Ada orang pass kat aku."
"Siapa ?"
"Faiz."
"Faiz mana ni ?"
"Faiz Mohmad."
"Eh ?"
"Dia cakap, ada senior yang bagi. Bukan dia yang bagi."
"ohhh." then, sambung langkahan ke bilik kaunseling.
"Dia datang dengan siapa tadi ?"
"Bonzer."
"Dua orang jek ?"
"Ha'ah."

Cari Pak Mi tak jumpa. lepastu pergilah Dataran. Nak cari kereta Pak Mi. takde jugak. lepastu dari jauh nampak Bonzer. nak masuk kereta. pakai baju melayu. siap-siap terus nak ke masjid. For sure.


"Bonzer." laung nama. dia toleh.
"Dia dah balik U dah ?"
"Dia ? " senyap sekejap. "Ohh. dah. pukul 10 tadi."
"Dia balik naik bas ke ?"
"Ha'ah. Eh tak la. dia balik dengan Kamet tadi."
"Oh."
"Upah takde ?" Faiz pulak tegur. Senyum jek.


Balik dorm. Sue pulak tegur. "Eh, sampul tu macam sampul meja budak kelas lelaki kelas aku jek." Haha. Ni mesti beli kat KP depan ni. Faham sangat dah.

Dan. Ini diaaaaaaaaaaaa. Wee x)





No one can touch the flame.
Or tame the fire.


Wassalam :)


"Akak, dia makin handsome ahh."
"Eh, cakaplah dengan dia. Buat apa cakap dengan akak."



Hostel-School-Exam.




Assalamualaikum. Eheh.



Harini dah balik hostel. Okay, aku taktau nak rasa ape. Eheh. For sure la, memang haritu a month and 4 days aku terperangkap kat hostel. Dan memang aku dah jadi zombie hidup balik pun. And cuti ni pun balik sebab ade PRU tu. Kalau tak, aku rasa memang stay hostel. Lagipun Selasa dah start exam. Dan duduk rumah ni pun, aku jadi macam ape ntah. Bahaya duduk lelame kat rumah. Buku nanti tak usik. Bloody horror betul aku rasa -.-



Anyway, sepanjang bulan April yang lepas, what actually really happened to me ? having tuition Sabtu Ahad, latihan kawad kaki yang made aku tak balik rumah jugak sebab latihan kawad, also the nadwah kebangsaan yang aku menangis taknak pergi tapi at last aku dah berjaya melepaskan diri.



Well, sitting for the exam that coming soon is not an easy thing. Tapi, my mom said, “Awal-awal form 4 memang macamtu. Masih blur mamai lagi. Nanti dah jumpa sendiri banyak soalan okay la tu. Jangan dirisaukan sangat.”



Ok fine, aku terima itu semua, tapi macam mana benda tu boleh diterima akal, sedangkan aku duduk dalam kelompok bebudak yang tak se’fashion’ dgn aku ? woaa. What a terabur ayat dan analogy. Phew.



Eheh. Banyak benda nak ditaip utk dicerita. Tapi, buku pink kecil and planner merah tu cukup and quiet enough kot utk lepaskan semua benda. Lagipun sekarang ni kalau nak tenung bulan memalam pergi court belakang tak menyempat dah. Kalau dah rupa balik prep pun macam zombie menanti hari esok. Lalala. Peritnya kau rasa hek hidup form 4 ni ? takla, sebenarnya best jek. Cuma pandai atau tak nak sesuaikan diri sahaja :)



Not that hard la.



Eheh. Yang penting semangat spirit spiritual tu kena kuat. Lala x)




Wassalam.



p/s : Btw, I’d just found my new reason for me to smile. Maybe just for a sec, half sec, and just a while.





good luck for my mid-year exam :)



SENTIMENTAL VALUE.

Welcome image. eheh.




Heya guys. Assalamualaikum :)


What a nice day huh ? well, now busy preparing for my mid-year exam that will come next week on Tuesday insya-Allah. Eheh. Introduction jek dah paper Sejarah, then Biology, then Chemist ! nightmare double plus. Taw kan aku ni memang lemah lutut kalau cerita pasal bio ni -.-


As a manner of speaking, aku tak lah boleh sangkut sangat dengan bio tu, tapi sekarang ni boleh la tahan dengan chemist kan. It’s awesome for sure ! ahaha. Dah jumpa latihan chemist baru aku taw actually benda yg aku patut tahu tu simple je. Just maybe before this, aku yang taknak try buat all that.
Paper physics ? the next Monday. Ho yea yeah. Tawkan aku kureng sikit dgn physics. Ye ye aku taw benda tu best, tapi. Why you get so complicated honey ? promise me be nice to me okay ? I love you. Euw.


Okay, back to the title. Sentimental value ? takdelah, nak story jek pasal things yang aku saying. And it disappear :( seriously sad.


First thing, my MUG. Okay, it was just a mug. Murah, tak cantik (actually aku suka dengan pattern dia), fragile. So what ? aku dapat mug tu time darjah 6 dulu. Sebab jadi penghuluwati camp darjah 6. Okay, aku taw, benda tu murah. But it still tinggalkan kenangan kan ? nak dijadikan cerita, one day, aku guna la cawan tu, then habis guna. Basuh. Lepastu nak keringkan, letak la cawan tu kat atas meja dalam bilik. The next morning, cawan tu dah takde time aku nak guna. Pastu, aku biarkan jek la. Maybe ada akak senior yang pinjam kejap.

kinda like this. but black in colour.


Petangnya, aku tanyalah akak tu, “Akak, tadi akak ada guna mug kita kan, kat mana ?”                  
Then akak tu jawab, “Sorry Fatin, mug tu dah pecah.” Okay, aku nampak muka dia memang felt guilty.
Then aku jawab, “Takpelah. Dah pecah. Nak buat cemane kan.” Bunyinya macam pasrah aje. Dalam hati siapa tahu kan ? :’)


Second thing, my hand fan. Aku yang mintak angah belikan hand fan tu. Memang comel gila hand fan tu. Dan memang aku selalu guna. Pattern dia, teddy bear. Ya, aku taw benda tu comel. Masa awal-awal beli tuh, sepenuh hati aku jaga tak bagi org pegang. Takdelah jahat sangat kan aku tak bagi orang pegang. Ahaha. Satu hari, one of my friend nak pinjam hand fan tu, aku pun bagi jek la kan. Lepas beberapa minggu, a week or two weeks macam tu, aku mintak la balik hand fan tu.

lebih kurang la hand fan tu cenggini. but blue in colour. I really miss it. eheh.


“sorry la Aten, kipas tu dah hilang.” Muka dia memang guilty. Aku taw.

“actually, kipas tu angah aku yang belikan.” Lagilah aku buat dia rasa bersalah. Tapi memang betul pun !

“ala, sorrylah. Nanti aku ganti balik heh.” Aku senyum jek. Nipis. Takde gula.

“dah hilang, nak buat cemane kan ?” the same answer aku bagi. Tengah lembut hati time tu agaknya. Kalau tak, memang aku dah bagi flying kick. 

Woi, gila nak bagi flying kick dekat kawan sendiri ?



Third thing, my watch. Yang ni atas kecuaian diri sendiri eheh. Haritu nak kawad, kitorang bersiap pakai baju aksesori semua kat bilik belajar, then, I left my watch and bag kat situ. Balik jek dari kawad kaki tu, aku pergi la balik bilik belajar tu. Dan yg tinggal just bag jek. Mana pergi jam tangan aku woi ? then, petang ke malam ke esok pagi ke petang balik, memang aku bekerja tanpa jam. Kacau hidup aku ! dah la jam tu umur pun baru 2 minggu dengan aku ! time roll call, aku nampak la kak Syaqira pegang something colour merah. It was really it ! thanks akak :)

my baby-boooo. I called it Lala. sumber gambar : Gugel.


Dan jam tu pun, angah yang bagi time birthday. Ice watch and red in colour. My fav colour :)


The fourth thing, pencil. Time form 3 dulu lah cerita ni. Same goes in this year. Time form 3 dulu, aku memang guna pencil tekan shaker colour merah 0.7 mm tu. Dari form 1 kot guna pencil tu, tetbe time form 3 tu, pencil tu boleh hilang. Naik gila aku cari pencil kesayangan tu tak jumpa :( memang lepastu sehari jugaklah aku tak buat homework yg cikgu bagi sebab pencil tu hilang. And the next day, “Woi, kau gila taknak buat kerja belambak tu ? sebab pencil hilang jek ko jangan ngengade ko. Ngengada.” I’m saying to myself actually. Dan lepastu aku guna pencil kayu jek. Ahaha.

No it's not like this one. tapi, entah. takde lebih kurang sama. memang tak sama pun.


Sekarang ni pun still guna pencil kayu sebab pencil yang sama dan yang baru buat hal. Fed up aku.


Tapi memang betul pun sebenarnya, kalau kita dah biasa guna sebatang pencil yang tu, mesti bila pencil tu hilang, kita akan rasa lain dan tak selesa nak buat homework. Betul tak ?


“Pencil hilang. Taknak buat kerja.” Aku rasa aku pernah jumpa org tweet benda ni ;)


So, the conclusion is, sometimes, you have to appreciate things yang ada kat sekeliling. Maybe ia murah dengan harga. Tapi sebenarnya mahal dengan cara kita menghargai barang tu.



Sentimental value.



Wassalam :)


p/s : mid-year aku :’)